Saturday, May 11, 2019

Pelaburan Berbaloi

"Konsisten, selayaknya menjadi rujukan untuk mulakan penulisan di blog. Ini gurunya."

Ini yang dapat saya simpulkan selepas membaca Ebook Jana Pendapatan Dengan Blog tulisan Puan Anys Idayu Zakaria 😊

Konsisten maksudnya beliau memang seorang penulis yang konsisten menulis entri di blog. Sentiasa update. Jadi follower dapat input baru.

Selayaknya menjadi rujukan kerana Pn.Anys seorang guru menulis di blog, berpengalaman mengajar ramai pelajar yang berjaya menjana pendapatan melalui blog.

Juga seorang pengamal ilmu ini. Menyediakan servis menulis blog, ghostwriter content blog, review produk dan banyak lagi.

Disertakan contoh dan kisah benar peserta di bawah bimbingan Pn.Anys yang berjaya menyiapkan blog.

Pada saya memiliki ebook 96 muka surat ini satu perlaburan yang berbaloi.

Bagi mereka yang mahu feel menerbitkan hasil penulisan untuk bacaan umum, boleh mulakan dengan memiliki sebuah blog. Nanti dah siap entri boleh bukukan ia.

Ulasan Ebook Jana Pendapatan Dengan blog, Pn Nordianah.

Tuesday, April 2, 2019

EBOOK JANA PENDAPATAN DENGAN BLOG

Tahun 2019 ni saya baru tahu kepentingan usahawan memiliki blog sendiri.
Dan yang lagi sadis rupanya dengan blogging saya juga boleh tambah duit poket. Kalau dah nama nya duit poket, paling koman sebulan RM100 pun dah kira ok lah kan dari duk melangut (termenung) nak tunggu sesaja, orang nak kasi RM1 free2 pun belum tentu.
Lepas saya baca ebook "Jana Pendapatan Dengan Blog" tulisan Anys Idayu Zakaria . Saya rasa rugi sangatlah kalau saya tak mula menulis di blog sekarang sedangkan dalam masa yang sama dah ramai sangat orang buat duit beribu-riban melalui blog nih.
Dan yang buat saya lagi murung, dalam ebook ni Puan Anys juga ada mendedahkan 7 jenis bisnes yang dapat janakan pasif income melalui medium blogging. Yang pastinya, kesemua bisnes ini tidak memerlukan modal.
Selain itu, ada bermacam lagi content mahal yang dikongsikan oleh penulis dalam ebook ini yang cuma berharga RM20.
Jadi buat yang belum miliki ebook ini, saya sangat sarankan anda untuk baca dan hadam info2 mahal dalam ebook ini terutamanya jika anda adalah usahawan yang menggunakan media massa sebagai platform utama bisnes anda.
Sekiranya anda adalah newbie, ebook ini sangat bagus dijadikan starter kit untuk rujukan menulis blog. (Syiddah Aziz)